Tugasan BMM3053



1.0  RAKAMAN VIDEO, AUDIO DAN IMEJ DARI LAMAN SESAWANG DAN SESUAIKAN DENGAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN.

1.1STANDARD KANDUNGAN &STANDARD PEMBELAJARAN

Tarikh                                :           5 Ogos 2014
Tahun                                :           Satu
Bilangan murid                  :           20 rang
Masa                                 :           8.00-9.00 pagi
Mata pelajaran                  :          Bahasa Malaysia
Kemahiran                        :           Mendengar dan bertutur
Tema                                 :          Sains dan teknologi    
Tajuk                                 :          Kenderaan darat


STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1  Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran

1.2.1     Mendengar dan mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul



OBJEKTIF:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i)              Mengemukakan jenis-jenis kenderaan darat.
ii)             Bercerita tentang kenderaan darat berdasarkan gambar yang dilihat.


1.1  MEMUAT TURUN VIDEO DAN AUDIO

1.1.1      MEMUAT TURUN VIDEO
 









Saya telah memuat turun video kenderaan darat daripada laman you tube. Saya menggunakan YTD Video Downloader. Saya telah memuat turun video tersebut dan dimasukkan ke laman Blog saya iaitu
cempakagenis blogspot. Video tersebut berlangsung selama 2 minit 57 saat.

1.1.2      MENGEDIT VIDEO
Description: D:\AUDIO MEMBACA.jpg
Saya telah mengedit video tersebut dengan menggunakan video movie maker. Setelah berjaya video diedit saya memuat turun video tersebut ke laman blog saya iaitu cempaka genius. blogspot.com. Saya mengalami kesukaran untuk memuat turun kerana video tersebut melebihi 100mb. Saya perlu memotong video tersebut menggunakan real player downloader dan menjadikan video tersebut kepada 1 minit bagi memudahkan proses memuat turun video tersebut. Video tersebut adalah Windows Media Video File.








1.1.3      AKTIVITI PDP DENGAN MENGGUNAKAN VIDEO KENDERAAN
DARAT.
Video kenderaan darat di atas digunakan semasa Langkah 1 pengajaran. Saya mengaplikasikan video ini bagi murid tahun 1 Nilam. Video di atas adalah bagi mengaplikasikan kemahiran mendengar dan bertutur murid. Standard Kandungan kemahiran ini ialah asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran.Standard pembelajaran pula ialah mendengar dan mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.
 Menurut Tuan Jah Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD (2011), Kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapa, serta dapat memberikan maklumbalas. Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. 
Murid ditayangkan dengan video tersebut. Video kenderaan darat tersebut berlangsung selama 2 minit 57 saat. Setelah menonton video tersebut, murid melaksanakan aktiviti meneka jenis kenderaan.  Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis-jenis kenderan. Murid dapat menyatakan jenis-jenis kenderaan contohnya kereta, lori, van dan motosikal. Setelah itu, murid perlu membina ayat daripada jenis kenderaan yang dinyatakan. Kemahiran mendengar dan bertutur diaplikasikan dengan menggunakan video kenderaan darat tersebut.







2.2.1 MEMUAT TURUN AUDIO KENDERAAN DARAT

Description: D:\AUDIO.jpg
Saya telah memuat turun audio bunyi kenderaan daripada audio bunyi kenderaan.  Saya turut menggunakan YTD You Tube Downloader untuk memuat turun audio ini dari laman audio di P&amp_Kenderaan_Darat.mp3- Audio ini menggunakn VLC media player sebagai medium untuk audio ini dimainkan. Audio ini berlangsung selama 3 minit 12 saat.
Untuk mendengar audio kenderaan Klik sini

2.2.2    AKTIVITI PDP DENGAN MENGGUNAKAN AUDIO KENDERAAN
           DARAT.
Audio kenderaan darat digunakan bagi pengaplikasian kemahiran mendengar dan bertutur murid tahun 1 Nilam. Audio kenderaan darat tersebut berlangsung selama 2 minit. Audio kenderaat darat tersebut digunakan semasa set induksi. Murid diperdengarkan dengan pelbagai bunyi kenderaan darat pada sesi awal pengajaran sebagai rangsangan kemahiran mendengar murid. Seterusnya guru akan bertanya tentang apakah bunyi yang mereka dengar.
 Aktiviti “Teka bunyi” boleh juga dilaksanakan untuk merangsang deria pendengaran murid. Murid akan memberi respons dengan menjelaskan bunyi yang mereka dengar. Audio tersebut dapat merangsang deria pendengaran murid dan menghubungkait dengan bunyi bunyi di persekitaran mereka. Audio ini dapat memberi gambaran awal tentang langkah pengajaran guru seterusnya iaitu tajuk pengajaran yang ingin diajarkan.


2.3.1 MEMUAT TURUN IMEJ KENDERAN
















Saya telah memuat turun imej kenderaan darat daripada laman sesawang melalui google image. Banyak gambar yang saya perolehi melalui google image ini dan gambar-gambar tersebut saya simpan di dalam folder imej kenderaan darat. Gambar-gambar yang saya muat turun ini amat berguna untuk saya menggunakan ia sebagai bahan pengajaran saya.

2.3.2 AKTIVITI PDP DENGAN MENGGUNAKAN IMEJ KENDERAAN DARAT

Melalui gambar-gambar kenderaan darat di atas, guru boleh mengadakan aktiviti bercerita. Sesi bercerita ini boleh digunakan pada langkah 2 pengajaran.. Sesi bercerita ini berlangsung selama 20 minit. Gambar atau imej kenderaan darat tersebut dapat merangsang minda murid-murid untuk sesi bercerita. Murid perlu memilih satu jenis kenderaan dan bercerita kepada rakan-rakan. Contohnya “kereta saya”. Sesi bercerita ini mengaplikasikan kemahiran bertutur murid dan dapat mencungkil bakat bercerita murid.


Gambar tersebut juga boleh digunakn sebagai set induksi pada awal pengajaran agar murid faham dengan pengajaran yang bakal diajar. Gambar tersebut sebagai perangsang dan menarik minat murid untuk belajar.

2.0  BERDASARKAN SATU TAJUK YANG DIPILIH, SEDIAKAN SATU BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN SATU RAKAMAN AUDIO DAN SATU RAKAMAN VIDEO UNTUK SATU SESI PENGAJARAN. FOKUS UTAMA IALAH MEMBUAT RAKAMAN AUDIO DAN RAKAMAN VIDEO YANG SESUAI DENGAN TAJUK.

Tarikh                                :           10 Ogos 2014
Tahun                                :           Satu
Bilangan murid                  :           20 orang
Masa                                 :           9.00 – 10.00 pagi
Mata pelajaran                  :          Bahasa Malaysia
Kemahiran                        :           Mendengar dan bertutur
Tema                                 :          Keluarga saya
Tajuk                                 :          Saya sayang keluarga saya

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN


1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan  ayat dengan betul.


1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.



OBJEKTIF:
Pada akhir pengajaran dan pebelajaran, murid dapat:
i)              Membezakan  suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan jelas.
ii)             Membaca dengan lancar suku kata terbuka dan suku kata tertutup.



2.1.1      MEMBUAT RAKAMAN VIDEO MEMBACA SUKU KATA TERBUKA DAN SUKU KATA TERTUTUP.

  

                                        



Saya telah membuat rakaman membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Saya merakamkan video anak saya Muhammad Adam Harith membaca suku kata terbuka dan tertutup.  Saya merakamkan video tersebut menggunakan telefon bimbit. Video yang dirakamkan mestilah secara horizontal (melintang) agar ketika dimasukkan dalam bentuk video pada komputer ia tidak terbalik atau videonya tidak bertentangan.  Video tersebut dimasukkan ke dalam computer melalui USB . Video tersebut . Video tersebut dimuatturun ke laman blog saya iaitu cempakagenius blogspot. Saya mengalami masalah untuk memuat turun video tersebut kerana ia melebihi 100mb. Saya telah memotong video saya menggunakan Real Player Trimmer. Video yang berlangsung selama 3 minit 25 saat saya pendekkan ia menjadi 1 minit sahaja. Ini bagi membolehkan ia menjadi video yang mudah untuk di muat turun ke laman sesawang.
Bagi tujuan audio pula saya merakam bacaan anak saya dengan menggunakan sound recorder pada telefon bimbit. Audio pada telefon bimbit dimasukkan kepada computer riba dengan menggunakan USB. VLC Media Player merupakan medium bagi audio. Jika audio ingin dimainkan ia menggunakan VLC media player.


3.1.2  AKTIVITI PDP DENGAN MENGGUNAKAN VIDEO KENDERAAN DARAT

  Tujuan rakaman video adalah untuk mengajar suku kata terbuka dan suku kata tertutup bagi murid tahun 1. Melalui video dan radio tersebut murid belajar bagaimana membaca.  Standard kandungan yang ingin dicapai ialah murid boleh mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan  ayat dengan betul. Standard pembelajaran yang ingin dicapai pula ialah mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
            Saya menggunakan bahan rakaman video untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Melalui cara ini murid dapat membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar. Ini dapat membina kelancaran membaca murid-murid tahun 1. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz  (2012) membaca ialah satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Membaca ialah tindakbalas daripada kemahiran kepada pengalaman melalui penggunaan kata, frasa dan tatabahasa.\
Video pula ditayangkan pada langkah 1 pengajaran. Video tersebut berlangsung selama 3 minit 25 saat. Video membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup ditayangkan kepada murid. . Murid mengajuk pembacaan oleh murid di dalam video dan memantapkan bacaan mereka. Melalui cara ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur murid. Pada akhir sesi bacaan murid dapat melihat murid di dalam video tersebut membaca cerita pendek berkaitan keluarga.







3.2.1      MEMBUAT RAKAMAN AUDIO MEMBACA SUKU KATA TERBUKA DAN SUKU KATA TERTUTUP.


Saya telah membuat rakaman audio membaca sukukata terbuka dan tertutup dengan menggunakan audio recorder pada telefon bimbit. Saya telah merakamkan audio membacasuku kata terbuka dan tertutup. Audio tersebut dimasukkan ke dalam komputer riba dengan menggunakan USB. Apabila ia dimasukkan ke dalam komputer riba ia ditukarkan dalam bentuk VLC media player.  Audio ini berlangsung selama 3 minit 12 saat.
3.2.2 AKTIVITI PDP DENGAN MENGGUNAKAN AUDIO SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP
Description: D:\AUDIO MEMBACA.jpg  Tujuan rakaman audio adalah untuk mengajar suku kata terbuka dan suku kata tertutup bagi murid tahun 1. Melalui audio tersebut murid belajar bagaimana membaca.  Standard kandungan yang ingin dicapai ialah murid boleh mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan  ayat dengan betul. Standard pembelajaran yang ingin dicapai pula ialah mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
            Saya menggunakan bahan rakaman  audio untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Melalui cara ini murid dapat membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar. Ini dapat membina kelancaran membaca murid-murid tahun 1.

            Audio tersebut digunakan semasa set induksi berlangsung. Murid diperdengarkan dengan suku kata terbuka dan suku kata tertutup.  Tujuan audio tersebut diperdengarkan bertujuan murid dapat membezakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

                                 

No comments:

Post a Comment